BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, kita semua tahu darah itu najis jadi saya ingin bertanya jika seseorang itu bibirnya berdarah kemudian darah itu telah kering dan bibir itu tidak dicuci tetapi dia menjilat bibir dan didalam mulut telah air liurnya telah bercampur dengan bekas darah yang dijilatnya kemudian dia menelan air liurnya sebelum mensucikan mulutnya, bagaimana dengan bahagian tekak yang telah terkena air liur bercampur dengan darah itu ketika dia menelannya? bagaimana untuk mensucikannya adakah dia patut menelan air mutlak untuk mensucikan tekaknya ataupun cukup hanya sekadar berkumur kumur untuk membersihkannya? terima kasih


message user image

Jawapan  

 .وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menelan darah adalah satu perbuatan yang ditegah kerana ia merupakan najis kotoran yang haram ditelan mahupun dimakan dengan sengaja. Namun seandainya kesan darah sedikit, maka ia dimaafkan. Memadai mensucikan mulut dengan cara berkumur-kumur. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image