BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya hendak bertanya, di bilik air ibu dan nenek saya mempunyai kolah yg isipadu nya kurang daripada 2 kolah. Ia digunakan untuk menadah air daripada shower supaya boleh mandi dengan menggunakan gayung sahaja. Tetapi saya dapati bahawasanya setelah selesai mandi menggunakan air tadahan itu, ibu dan nenek saya akan mengambil wuduk menggunakan air yang turun daripada shower di mana secara logiknya akan terdapat lebihan air wuduk yang masuk ke dalam tadahan air. Persoalan saya, adakah air yang di tadah itu menjadi musta'mal di mana tidak boleh digunakan untuk membasuh najis? 


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, air musta'mal daripada air percikan basuhan wuduk yang masuk ke dalam kolah yang mengandungi air mutlak (yang kurang dari 2 qullah) tidak menjadikan air di dalam kolah itu air musta'mal sekiranya air mutlak di dalam kolah itu lebih banyak dari air musta'mal yang memasukinya. Ini bermakna air tersebut kekal sebagai air mutlak yang suci lagi mensucikan, yang boleh digunakan untuk mengangkat hadas dan mensucikan najis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 61

message user image