BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

soalan saya, apakah hukum jika kita menonton drama korea? Dan apakah hukum kita melanggani/membayar aplikasi yang menyediakan cerita2 sebegini untuk ditonton?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan; hukum asal bagi menonton sebarang filem atau drama merupakan perkara yang harus di sisi syarak selagimana kandungan serta cerita yang disampaikan. Namun begitu, syarak juga menegaskan akan larangan menonton drama jika terdapat unsur-unsur yang membawa kepada haram di sisi syarak. Sebagai c ontoh, pelakon yang membuka aurat, terdapat aksi-aksi ranjang yang boleh menaikkan nafsu syahwat dan seumpamanya maka hukumnya haram disebabkan perkara tersebut. Oleh yang demikian, segala yang dilihat atau ditonton dalam filem yang mempunyai babak-babak yang mendedahkan aurat seseorang, maka hukumnya adalah haram kerana ia boleh membawa kepada kancah penzinaan dan wajib ditinggalkan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Islam menasihatkan agar ummatnya memenuhkan masa-masa yang terluang dengan aktiviti yang jauh lebih bermanfaat daripada menonton kdrama, seperti bersukan untuk menyihatkan badan, menghadiri program-program yang boleh menambahkan kemahiran diri, dan sebagainya.

Manakala hukum membayar atau melanggan sesuatu aplikasi bergantung kepada kandungan yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut. Seandainya kandungan yang ditawarkan sesuatu yang diharuskan, maka melanggan aplikasi tersebut turut diharuskan. Akan tetap sekiranya kandungan itu sesuatu yang dilarang, maka melanggan aplikasi tersebut turut dilarang.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 31

message user image