BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Soalannya,

1. Bolehkah saya belajar tajwid online? Contohnya dengan menonton video di tiktok.

2. Jika mengucapkan syahadah tanpa tajwid, adakah syahadahnya sah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1. Belajar tajwid secara online adalah harus dengan syarat ia dilakukan secara bersemuka bagi membolehkan melihat cara sebutan bacaan yang benar namun adalah digalakkan untuk mempunyai guru bacaan al-Quran sendiri dengan menghadiri kelas secara langsung kerana manfaatnya lebih besar daripada secara online. Adapun sekadar menonton video di tiktok itu adalah perbuatan sekadar mengambil maklumat dan belum dikira tekun mendalami ilmu tajwid. Ilmu tajwid adalah penting bagi setiap Muslim yang berakal dan sudah baligh untuk mempelajarinya kerana membaca al-Quran dan bacaan al-Fatihah di dalam solat dengan bertajwid adalah wajib. Sekiranya bacaan seseorang itu tidak bertajwid dan tiada usaha ke arah mempelajarinya maka seseorang itu dikira berdosa dan ditakuti solat yang dilakukannya tidak sah.

2.  Mengucapkan syahadah tidak disyaratkan bertajwid tetapi cukup sekadar betul barisnya dan syaddahnya. Ia adalah sah dan tidak termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan iman dengan syarat:

  1. Diketahui (faham makna)

  2. Ditasdiqkan (membenarkan) dengan hati

  3. Diikrarkan dengan lidah

  4. Diamalkan dengan anggota/perbuatan

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image