BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum tuan Mufti,

Saya ingin bertanyakan beberapa soalan tentang jual dan beli dalam islam 

1. Apakah hukum jika kita menjual produk yang tidak ada dengan kita 

Sebagai contoh saya menjual di ebay, saya tidak mempunyai barang yang nak dijual. Jadi saya buat seperti ini saya ambil atau download gambar produk di shopee dan saya iklankan gambar produk tersebut dalam ebay. Apabila saya dapat order di ebay saya akan beli barang tersebut di shopee menggunakan duit saya sendiri. Dan saya terus hantar barang tersebut kepada syarikat penghantaran barang tanpa hantar ke rumah saya terlebih dahulu supaya barang tersebut terus dihantar ke luar negara. Duit pelanggan, ebay akan hold terlebih dahulu sampai pelanggan dapat barang yang dijual. Jadi apakah hukum saya berniaga seperti ini mohon penjelasan.

2. Jelaskan cara atau hukum yang sah dan sesuai untuk saya berniaga dengan cara ini.

Terima kasih Tuan Mufti 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya kaedah jual beli yang dinyatakan dikenali sebagai jual beli pre-order. Ia merupakan kaedah jual beli yang popular pada masa kini. Jual beli ini juga merupakan antara kaedah jual beli yang diharuskan dalam Islam, di dalam fiqah ia termasuk dalam jual beli salam (tempahan atau bayar dahulu barang dapat kemudian) dan jual beli ini juga melibatkan kontrak ijarah (upah) yang disepakati fuqaha tentang keharusannya.

Antara perkara yang menjadi asas pertimbangan tentang keharusan jual beli secara pre-order ini adalah dengan wujudnya polisi pemulangan semula (return/refund) yang disediakan oleh platform jual beli atas talian juga memberi keselamatan dan jaminan kepada pelanggan sekiranya spesifikasi barang yang diterima tidak sama dengan yang ditempah maka ia merupakan sesuatu yang selari dengan prinsip khiyar (pilihan untuk terima atau menolak barang yang ditempah atau dibeli) dalam Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image