BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya..sy selalu ada masalah penyakit kulit gatal2 dan berair..dan biasanya sy akan sapukan kapur makan pada tempat ruam2 gatal tu..kapur makan memang susah hendak dibersihkan dikawasan tempat bintik2 gatal yg dh terkupas kulit..jika sy berwuduk dalam keadaan kapur masih ada melekat di bahagian tempat bintik2 gatal yg dh terkupas kulit tu..adakah wuduk sy sah?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Seseorang yang ingin berwuduk wajib membersihkan segala bahan yang boleh menghalang air dari mengenai anggota wuduk. Ini kerana setiap suatu yang menghalang air daripada sampai kepada kulit akan menyebabkan wuduk itu tidak sah dan akhirnya akan menyebabkan tidak sahnya solat seseorang.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Maidah ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu meliputi siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

Ayat di atas menjelaskan kewajipan berwuduk sebelum menunaikan solat berserta rukun-rukun wuduk yang wajib diikuti iaitu membasuh dan meratakan air. Namun begitu, sekiranya telah berusaha bersungguh-sungguh membersihkan dan menghilangkan kesan kapur tersebut dan masih terdapat kesan nipis maka adalah dimaafkan kerana ia tidak menghalang air daripada sampai ke kulit atau tidak mengubah sifat air mutlak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image