BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya, untuk sah solat bagi perempuan, jika sudah memakai kain telekung, adakah masih perlu memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna di sebalik telekung tersebut?  Kerana saya dimaklumkan tidak sah solat jika memakai baju lengan pendek di dalam walaupun sudah memakai kain telekung.

Harap pihak tuan dapat memberi maklum balas berkenaan soalan ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa antara syarat sah solat adalah menutup aurat. Mazhab Syafi'i menyebut bahawa aurat wanita di dalam solat adalah keseluruhan jasad wanita itu kecuali muka dan kedua tapak tangan zahir dan batin iaitu dari hujung jari sehinggalah ke pergelangan tangan. Selain itu, solat wanita adalah sah selagimana berpakaian yang tidak menampakkan warna kulitnya dari luar telekung. Oleh itu, telekung yang diguna perlulah dipilih daripada jenis kain yang tidak jarang agar ia menepati kaedah penutupan aurat yang bertepatan dengan syarak. 

Justeru, solat bagi wanita yang berbaju lengan pendek di dalam telekung adalah sah dengan syarat telekung yang dipakai adalah tidak jarang dan tidak menampakkan warna kulitnya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image