BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

ASSALAMMUALAIKUM MUFTI

1- lutut saya ada luka yang agak dalam kerana terjatuh.

2- saya meletakkan ubat (ubat kuning) di bahagian luka.

3- dan saya pun dalam keadaan berhadas besar.

SOALAN : ketika hendak mandi wajib, ubat tersebut susah untuk ditanggal kan dan saya membuang ubat tersebut mana yang mampu sahaja, adakah sah mandi wajib saya? kerana ada lagi sisa ubat kuning tersebut di bahagian luka saya (ubat yang susah untuk ditanggalkan)


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan di atas, rukun atau fardu mandi junub ada tiga iaitu:-

            1) Niat mengangkat hadas besar atau mengangkat janabah

            2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.

            3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.

Merujuk soalan yang diajukan, disarankan supaya berusaha semampunya untuk menghilangkan sisa ubat kuning pada lutut tersebut terlebih dahulu. Sekiranya didapati masih terdapat juga kesan sisa ubat kuning kerana sukar dihilangkan, maka ia dimaafkan dan hukum mandi wajib itu sah walaupun ada kesannya dan tidak perlu untuk mengulangi mandi wajib.

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image