BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Askum. Saya adalah seorang wanita yang telah dilukai oleh seseorang lelaki yang telah memungkiri janji janjinya. Walaupun dia sudah tahu saya sudah memaafkan dia, hati saya terlalu sakit. Soalan saya. Berdosakah saya sekiranya saya ingin menuntut semua janji janjinya pada saya di Akhirat nanti? Terima kasih, Askum.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum yang berkaitan dengan janji sesama manusia sama ada lelaki atau perempuan, mestilah janji yang tidak menyalahi hukum syarak dan bukan dalam perkara maksiat kepada Allah SWT, kerana berjanji dengan perkara yang menyalahi syarak dan perkara maksiat adalah dilarang. Orang yang tidak menepati janji adalah tergolong dalam sifat orang munafik sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, sabda Rasulullah SAW; آية المنافق ثلاث اذا حدث كذب واذا وعد اخلف واذا ائتمن خان Maksudnya : “Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi kepercayaan dia khianat”. (Riwayat Muslim) Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.” (Al-Isra’: 34) Ayat di atas jelas menyatakan bahawa janji wajib ditunaikan dan akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat. Namun, kemaafan yang telah diberi menunjukkan tiada lagi sebarang tuntutan hak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 85

message user image