BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya pada suatu hari saya bangun dari tidur dan menyedari saya telah terkencing di dalam seluar. Kemudian, saya perasan kawasan yang basah dan berbau hancing tersebut di bahagian poket sebelah kiri.

Persoalannya, adakah najis tersebut telah berpindah pada karpet yang telah saya gunakan untuk tidur sedangkan kawasan karpet tersebut tidak basah.Dan adakah wajib untuk saya membasuh kawasan tersebut walaupun tiada kesan basah padanya?

Dan adakah betul tindakan saya hanya dengan hanya terus menjirus air pada kawasan tersebut tanpa menghidu dahulu kawasan karpet tersebut kerana menganggap tiada perpindahan najis sebab tiada kesan basah pada karpet tersebut?


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, jika diyakini tiada kesan atau sifat najis pada karpet (kesan basah atau bau) maka najis tidak berpindah pada karpet tersebut. Maka ia tidak perlu dibasuh kawasan tersebut kerana diyakini tiada najis. Adalah sebaiknya tuan merasai dengan tangan atau menghidu kawasan tersebut sebelum melakukan tindakan menjirus air di kawasan tersebut jika perkara sebegini berulang terjadi. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 31

message user image