BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan,

Mohon untuk dapatkan fatwa terkini berhubung penyebaran fahaman aliran daripada pengasasnya Abdullah Al Harari atau lebih dikenali dengan panggilan Ahbash.  Untuk makluman tuan, fahaman ini didapati telah menghukum kafir ke atas sebilangan besar ulamak tersohor seperti Syeikh Ramadhan Al Buti, Syeikh Yusuf Qordhowi, Syeikh Mutawalli As Sya’rawi dan begitu jua ulamak tempatan yang tidak sebulu dengan ajaran mereka. Perkara ini boleh dirujuk melalui karya pengasas mereka antaranya seperti kitab yang berjudul “Tahzir Syar’ie Wajib”.  

 

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor belum pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkenaan Kumpulan al-Ahbash dan pengasasnya. Secara umumnya, jika merujuk kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, haram mengkafirkan Ahli Kiblah iaitu mereka yang solat dengan menghadap ke arah kaabah.

Daripada Anas RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda;

مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا فَذَلِكَ الْمُسْلِمُ الَّذِي لَهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَذِمَّةُ رَسُولِهِ فَلَا تُخْفِرُوا اللَّهَ فِي ذمَّته

Maksudnya: Sesiapa yang solat dengan solat kami, menghadap ke arah kiblat kami, makan sembelihan kami, maka dia merupakan seorang muslim yang berada dalam jaminan Allah dan RasulNya dan janganlah mungkiri jaminan Allah itu.

(Riwayat al-Bukhari)  

Berdasarkan hadis di atas.haram mengkafirkan orang Islam yang lain lebih - lebih lagi para ulamak hanya kerana berbeza pandangan. Kenyataan bahawa pengasas Kumpulan al-Ahbash telah mengkafirkan ummat Islam yang lain perlu diteliti secara detail sebelum kita membuat sebarang keputusan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image