BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Soalan saya,

Apakah hukum taik burung yang melekat dipagar yang sudah terkena panas dan air hujan tetapi sifat ain nya masih ada.adakah air yang terkena najis tersebut masih dikira air najis atau sebaliknya.sy musykil.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, menurut Imam Al-Nawawi bahawasanya di dalam mazhab Syafi’i, semua tahi dan air kencing adalah najis sama ada berasal daripada haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan. Begitu juga najis burung, najis ikan dan belalang, najis haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir, maka kesemuanya dianggap najis mengikut pendapat yang paling sahih.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu, contohnya keadaan apabila keberadaan najis itu susah dikawal dan dielakkan seperti situasi tahi burung yang melekat pada pagar tersebut yang masih kekal ainnya walaupun sudah terkena panas dan air hujan. Justeru ulama meletakkan pengecualian dalam hal ini berdasarkan kaedah umum al-balwa. Ia tetap dianggap sebagai najis tetapi dimaafkan kerana sukar dielakkan dan air yang terkena kawasan tersebut tidak dianggap sebagai air mutlak dan tidak boleh digunakan untuk bersuci dan beristinjak.

Oleh itu, air yang terkena najis tersebut adalah sesuatu yang dimaafkan oleh syarak dan disarankan bagi mengelakkan berlakunya keraguan serta mengelakkan daripada berlakunya gejala penyakit bawaan air yang tercemar, adalah sebaiknya tidak menadah atau menggunakan air tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image