BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalmualikum, 

 

Apekah hukum saya membeli laptop mengunakan access(pelajar) anak buah saya,untuk membeli laptop. Kerana mengunakan web login anak buah saya, saya akan dapat diskaun. Adakah harus saya beli melalui web student access ataupon saya perlu beli melalui web access saya sendiri di mana tiada diskaun


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hukum asal dalam jual beli adalah harus selagi tiada unsur riba, penipuan dan perjuadian. Ini bertepatan dengan kaedah "hukum asal dalam muamalat adalah harus". Begitu juga dalam muamalat ada persepakatan dan persetujuan antara dua pihak bagi memperoleh keredaan kedua-dua pihak. Perkara ini seperti yang diterangkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Auf al-Muzani RA, sabda Nabi SAW:

 وَالمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً، أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya: Dan kaum Muslimin wajib memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (RIwayat al-Tirmizi)

Bagi menjawab soalan yang diajukan, tuan perlu rujuk syarat yang ditetapkan oleh pemberi diskaun atau produk akaun sama ada pihak ketiga dibenarkan untuk menggunakan akaun tersebut bagi mendapatkan manfaat yang dalam akaun tersebut atau tidak. Jika dibenarkan, maka adalah diharuskan untuk menggunakan akaun anak buah tuan. Jika tidak dibenarkan, maka tidak harus melakukan demikian. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 30

message user image