BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

Saya bakal mendirikan rumahtangga minggu hadapan. Ibu saya menentang perkahwinan saya atas alasan bakal pasangan saya menyihir saya beberapa kali. Beliau juga berkata jodoh saya yang sebenar akan datang apabila saya berumur 38 tahun nanti. Dia juga mendakwa bahawa saya bakal didera oleh bakal pasangan saya di masa hadapan. Cubaan saya untuk memujuk tidak berjaya, malah menyuruh bakal saya untuk bersumpah dengan Al-Quran di hadapan imam Masjid Negara, dimana saya rasa tidak masuk akal semudah itu untuk buat appointment atas dasar tersebut.

Saya dan adik-beradik lain tidak tahu dari mana dia belajar perkara-perkara yang boleh mendatangkan syirik (tak pasti if ini terma yang betul) ini. Antara perkara lain yang beliau claim adalah:

1) Nabi Khidir masih hidup

2) Beliau dah tengok Luh Mahfuz anak-anak

3) Selain bakal saya, ada orang lain juga menyihir saya

4) Rukun Islam manusia yang buat (ie: solat tidak perlu/wajib)

Berbalik kepada first paragraph tadi, adakah perlu bakal pasangan saya mengangkat sumpah untuk membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh ibu saya adalah tidak benar sama sekali? Kerana kami khuatiri jika bakal pasangan berbuat demikian, ibu saya akan mendapat dosa fitnah.


message user image

Jawapan  

عليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara umumnya sumpah yang boleh diterima pakai untuk sabitan kes adalah sumpah yang dibuat di mahkamah dan menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Sumpah sebagai kaedah pembuktian hanya terpakai di dalam kes mal (kekeluargaan) dan ianya tidak boleh diterima di dalam kes jenayah seperti kes liwat, zina, qazaf dan sebagainya. Sumpah di luar mahkamah bukanlah sesuatu perkara yang digalakkan di dalam Islam. 

Dalam aspek kaedah bersumpah pula, amalan bersumpah menjunjung atau mencium atau mengusap atau mengangkat al-Quran bukanlah tuntutan ajaran Islam. Sumpah cukup dengan menyebut nama Allah SWT atau sifat-sifatNya.

Menjawab pertanyaan saudari, bakal pasangan saudari tidak ada keperluan untuk melakukan sumpah dengan al-Quran untuk menafikan atau membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh ibu saudari itu benar atau tidak benar sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. 

Dan sekiranya benar dakwaan saudari bahawa ibu saudari menyatakan bahawa beliau boleh lihat catatab Luh Mahfuz berkaitan ketentuan dan nasib anak-anaknya dan kalau benar beliau menyatakan bahawa rukun Islam manusia yang buat dan solat tidak perlu/wajib, maka perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak yang berautoriti untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, kerana jelas ia bertentangan dengan ajaran Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 72

message user image