BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, selepas saya solat isyak saya gosok mata dan perasan pada tangan saya ada sedikit tahi mata yang kering dari situ saya dapat tahu sebenarnya ada tahi mata di tepi mata saya dan ia halus dan kecil juga agak sukar dilihat jika tidak perhati betul2. Soalan saya adakah sah wuduk saya? perlukah saya mengulangi solat saya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tahi mata tidaklah menjadikan wuduk tidak sah, kerana tahi mata bukannya najis. Ia hanya kotoran yang perlu dibersihkan, namun perlu dipastikan ia tidak kering dan melekat hingga menghalang air sampai kepadanya. Sekiranya ia halus atau kecil maka ia dimaafkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 17

message user image