BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamuaikum s.s Mufti. Hukum mengucapkan kata-kata kufur tanpa sengaja. Saya sedang mendengar sebuah lagu dan mengikuti lirik lagu tersebut untuk tujuan mempelajari bahasa. Dalam bahagian-bahagian lirik tersebut penulis lirik mengkiaskan kambing biri-biri sebagai Nabi Isa AS. Ketikamana mengetahui perkara demikian, saya terus meninggalkan lagu tersebut dan beristighfar. Soalannya, berdosakah saya dalam keadaan tidak tahu ketika mendengar atau menyanyi lagu tersebut? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika disebut secara tidak sengaja tidak berdosa kerana dilakukan tanpa niat dan tidak mengetahui maksud. Sebaiknya berhati-hati dalam setiap kata-kata. Selidiklah terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 110

message user image