BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya 3 soalan:

1. sekiranya seseorang terkencing dalam bilik mandi ketika mandi dan seluruh lantai bilik mandi itu basah adakah dia perlu membersihkan seluruh bilik mandi atau tempat yang terkena najis sahaja?

2. Jika tangan seseorang itu terdapat najis hukmi tetapi dia mengambil wuduk adakah secara tidak langsung najis itu telah suci kerana air paip yang mengalir ke tangan dia?

3. Adakah boleh kita mensucikan najis dengan menggunakan air mutlak yang dimasukkan dalam botol spray kemudian spray ditempat yang bernajis?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

1. Berkenaan najis yang jatuh pada permukaan lantai yang basah hanya perlu dibasuh pada kawasan yang diyakini terjatuh najis. Hal ini kerana kawasan yang terkena najis menjadi suci disebabkan berlaku pengaliran air pada kawasan tersebut dan tidak disyaratkan membasuh keseluruhan lantai yang basah. 

2. Perbuatan berwuduk pada anggota yang terdapat najis hukmi telah menghilangkan najis kerana berlaku pengaliran air pada anggota tersebut dan ia menjadi suci.

3. Mensucikan najis menggunakan air spray adalah dibolehkan kerana ia mengalirkan air. Namun dalam isu ini, 'ain najis tersebut perlu dihilangkan terlebih dahulu. Kemudian disemburkan air setakat kadar yang mampu mengalirkan air di kawasan tersebut agar kawasan itu menjadi bersih dan suci.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 26

message user image