BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Selama ini saya tidak tahu bahawa membasuh dubur dengan mengorek bahagian dalam membatalkan puasa. Hal ini kerana saya mempunyai was was yang teruk yang menyebabkan saya mahu membasuhnya sehingga benar-benar suci. Saya telah melakukan perbuatan tersebut selama ini sehinggalah saya capai umur 21 tahun. Jadi adakah saya kena menggantinya semula dan bagaimana cara membayar fidyah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan puasa. Walaupun begitu, apabila sesuatu perkara itu tidak diketahui kerana kejahilan dan kebanyakan masyarakat tidak mengetahuinya serta melakukan sedemikian setelah kian lama, maka ia termasuk perkara khusus yang dimaafkan. Jadi puasa tersebut tidak perlu diganti semula. Ia berdasarkan kepada konsep yang disebutkan oleh Ulama iaitu Imam Jalaluddin al-Suyuti dalam kitab al-Asybah wa al-Naza’ir yang menyatakan bahawa:

لِأَنَّ ذَلِكَ مِمَّا ‌يَخْفَى

Maksudnya: Kerana perkara tersebut termasuk dalam perkara yang tersembunyi. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 17

message user image