BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualikum

Tuan,

saya mewakili jemaah/pentadbir Surau dalam kariah kami, ingin memanjangkan satu persoalan muamalat dan pengurusan Dana kewangan.

Surau kami menerima dana/sumbangan ramadan 2024 dan kini ada berbaki(lebihan) selain diderma oleh Jemaah/kariah termasuk jumlah besar daripada Pemerintah/wakil rakyat, menjadi perbincangan sesama kepimpinan lebihan DANA perlu di takbirkan;

1) Dinyatakan HARAM digunakan jika bukan untuk Ramadan. natijah nyer dana perlu di BEKU selama 360hari kehadapan dan terhenti pahala/jariah si penderma untuk seperti diamanahkan.

2) Dinyatakan HARUS digunakan dalam tahun semasa bagi  menunaikan hasrat penderma dan perjalanan Pegimarahan aktiviti kebajikan/dakwah agar dimanfaatkan.

 

Pihak kami memohon solusi dan penjelasan dalam perkara ini.

 

Sekian & Wasalam.

shahril Saleh

Penolong Bendahari Surau Kariah.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Dana Sumbangan Ramadhan merupakan Dana Khas yang disumbangkan oleh penyumbang bagi tujuan pengimarahan program sepanjang bulan Ramadhan. Dana tersebut merupakan dana khas yang hanya boleh digunakan untuk program  di bulan Ramadhan sahaja. Sekiranya terdapat lebihan daripada dana tersebut, maka ia perlu disimpan untuk digunakan pada program di bulan Ramadhan yang akan datang. Pihak masjid atau surau hendaklah sentiasa meraikan dan menunaikan hasrat atau tujuan asal penyumbang.

Walau bagaimanapun, seandainya pihak pentadbiran memerlukan kewangan untuk pengurusan masjid, pihak pengurusan boleh menggunakan dana tersebut dengan syarat menggantkan semula untuk digunakan bagi tujuan asal dana itu diwujudkan. Disarankan kepada pihak pentadbiran untuk meletakkan syarat menggharuskan penggunaan dana khusus untuk digunakan bagi tujuan lain sekiranya terdapat lebihan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image