BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya nak tanya, apakah hukum kedai makan memasang audio ayat suci al-Quran? Sebab jika diperhatikan, kebanyakan orang akan bising, bercakap-cakap, tidak dengar, dan tidak menghormati bacaan tersebut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum mejawab soalan yang diajukan, perlu kita faham beberapa perkara terlebih dahulu. Disunatkan untuk menguatkan bacaan al-Quran pada keadaan tertentu dan disunatkan juga untuk memperlahankan suara bacaan al-Quran pada keadaan tertentu. (al-Tibyan Fi Adab Hamlat al-Quran)

Manakala makruh jika tidak mendengar dan tidak diam ketika bacaan al-Quran diperdengarkan. (Tafsir al-Munir)

Bagi menjawab soalan yang diajukan, tiada masalah untuk memasang audio al-Quran di kedai makan sekiranya suasana kedai makan itu tidak bising. Jika suasana kedai itu bising adalah tidak digalakkan untuk memasang audio bacaan al-Quran bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat suci al-Quran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image