BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam tuan, saya nak bertanya tentang sex preselection technologies. Saya maklum bahawa teknologi ini tidak boleh digunakan sebagai seorang muslim, tetapi apa pendapat tuan tentang penggunaannya untuk keturunan sheikh/sharifah yang memerlukan anak lelaki untuk keterusan keturunan mereka, atau kes- kes sultan yang memerlukan anak lelaki untuk mewarisi hartanya. Mohon pencerahan, terima kasih tuan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Teknologi Pra Pemilihan Jantina (sex preselection technologies) adalah suatu kaedah menentukan jantina bayi di peringkat janin. Penentuan jantina adalah ketentuan Allah SWT dan sudah tentu ia memiliki hikmah yang tersendiri. Firman Allah SWT dalan surah Al-Syura ayat ke 49 dan 50;

 ﴾٥٠‎﴿٤٩﴾‏ أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ ‎﴿لِّلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ ‏

Maksudnya: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, Dia (Allah) menciptakan apa yang dikehendakiNya, mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.  Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, iaitu anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Rawatan pra-embrio yang melibatkan pengubahsuaian sifat semulajadi seperti pemilihan warna rambut, ketinggian dan pemilihan jantina adalah diharamkan. Namun pemilihan jantina adalah diharuskan sekiranya faktor jantina menatijahkan suatu penyakit genetik yang serius dan boleh membawa kematian. Sila rujuk Fatwa Selangor bertajuk Hukum Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan Sel Stem (Stem Cell), yang telah diwartakan pada 25 Mei 2006 di perkara 5.

Hukum penentuan jantinan selain pengecualian di atas adalah diharamkan walau dengan apa jua alasan termasuk mengekalkan keturunan atau mewarisi tahta.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image