BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz

baru baru ini, kucing saya ada kencing dekat tong baju dan air kencingnya kena pada lantai. Saya kemudiannya basuh tong tersebut di bawah air mengalir tetapi untuk lantai pula,  mula mula saya gunakan kain kering untuk buang najis tersebut. lalu saya spray air bercampur sabun dan lap dengan kain basah dan saya ulang beberapa kali. saya juga ada spray air sabun dan lap dengan kain kering. kemudian saya baru terbaca bahawasanya air bercampur sabun tidak boleh menyucikan najis lalu bagaimanakah tempat yang saya basuh dan bagaimana pula dengan tempat lain yang terkena najis yang saya basuh menggunakan air bercampur sabun selama ini atas kejahilan diri saya. mohon pencerahan ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, kencing kucing merupakan najis mutawasitah, ia hendaklah dibersihkan dan disucikan dengan menghilangkan ain najis tersebut terlebih dahulu, kemudian hendaklah dialirkan air mutlak ke kawasan yang terkena najis tersebut sehingga hilang sifat, bau dan warnanya. Menggunakan sabun semasa menyucikannya adalah dibenarkan sebagai bahan tambahan bagi membersihkan dan menyucikan kawasan tersebut. Bagi perkara yang telah lalu, ia adalah dimaafkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 16

message user image