BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,  selepas mandi saya perasaan ada anggota badan saya berdarah jadi saya ambil tisu dan tekap di tempat tersebut untuk hentikan darah saya igt saya tekap darah itu dengan tgn yang basah tetapi tisu itu saya lipat tisu itu jadi tisu itu berlayer adakah ketika saya tekap darah itu tangan saya menjadi najis kerana memegang tisu itu dengan tangan basah? ataupun tidak kerana tisu itu dilipat dan kesan pada tisu kena pada bahagian yang basah?

 


message user image

Jawapan  

 .وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, seandainya tangan tersebut nyata tiada kesan najis padanya maka tangan tersebut suci dan dihukumkan tidak bernajis. Tangan tidak menjadi bernajis dengan hanya memegang tisu basah yang terkena najis sedangkan tangan yang memegang tisu itu tidak terkena najis. Namun, jika sekiranya terdapat kesan najis pada tangan tersebut maka hendaklah disucikan tangan tersebut dengan air mutlak.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 34

message user image