BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Arab Saudi umumkan hari wukuf pada Sabtu 15 Jun. Kalau ikut takwim Malaysia 9 Zulhijjah ialah hari Ahad. Jadi puasa sunat Arafah di Malaysia ada kah hari wukuf di Arab Saudi yakni 15 June (Sabtu) ataupun ikut Msia 16 Jun (Ahad). Umum memahami yang puasa sunat Arafah untuk bersama para hujaj berwukuf di Arafah. Jadi kalau puasa 16 hb Jun tu orang dah habis wukuf.

Harap dapat dijelaskan supaya dapat dimanafaatkan ibadat puasa sunat tahun ni InsyaAllah.

 

Terimakasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Berpuasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas. Hal ini sebagaimana hadis daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya: Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya. (Riwayat Muslim)

Demikian itu, ia sunat dikerjakan bagi sekalian muslim yang tidak menunaikan haji di Mekah. Pelaksanaan puasa sunat Arafah adalah pada 9 Zulhijjah mengikut tarikh yang diputuskan di negara masing-masing. Hal ini kerana setiap tempat adalah berbeza matla’ (tempat terbit) yang mempengaruhi pengisytiharan awal bulan. Perbezaan tarikh bagi penetapan hari raya adalah perkara yang biasa berlaku. Manakala doa mustajab pada hari Arafah berlaku sepanjang hari tersebut mengikut negara masing-masing tanpa dikhususkan waktu-waktu tertentu.

Sehubungan itu kami sertakan link artikel Taudhih al-Hukmi berkenaan Isu Puasa Sunat Arafah sebagai rujukan lanjut bagi peringkat tuan: 

https://www.muftiselangor.gov.my/2024/06/12/60-taudhih-al-hukmi-isu-puasa-sunat-hari-arafah/

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 16

message user image