BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada 3 soalan ingin diajukan

1. Saya sedang membersihkan lantai tandas saya siram air pada lantai tersebut dan perasan ada semut pada air itu tetapi semut itu masih hidup kerana bila saya alihkan semut itu pada kawasan tidak berair ia kembali bergerak seperti biasa. Soalan saya adakah semut hidup itu membuat air itu menjadi najis atau ia menjadi najis jika semut itu mati dalam air itu dan menjadi bangkai? dan bolehkah seseorang mensucikan najis menggunakan air mutlak dari shower yang suhunya telah berubah kerana water heater?

2. Saya ada was was solat yang sgt teruk setiap kali solat sorang2 saya selalu akan lupa dh rukuk ke belum, dh sujud ke belum, dh ddk antara dua sujud ke belum sampai saya naik turun dalam solat saya banyak kali. Kalau nk abaikan takut sebenarnya betul belum buat rukun solat tersebut sebab saya pernah dengar seseorang itu cakap kalau kita lupa dh buat rukun solat ke belum tapi kita teruskan jugak solat tu jadi batal tapi kalau nak tambah rukun tu nnt dtg dalam fikiran "macam mna klu aku sengaja tambah rukun and solat tu batal" Adakah betul perbuatan saya itu?

3.saya mempunyai seorang kakak yang sangat berbakat dalam melukis dan dia kadang2 membuka commission melukis secara digital menggunakan tablet kemudian dijual kepada orang dalam dan luar negara, lukisan yang dilukis oleh kakak saya ni merupakan lukisan orang dalam bentuk anime dan semua lukisan dia membuka aurat ada lukisan yang nampak peha, dada dan kakak saya juga ada melukis orang yang full body (dari kepala sampai kaki) dia akan lukis mengikut request dari si pembeli dan saya banyak tengok di internet yang mengatakan melukis itu haram dan risau jika hasil pendapatan yang diterima oleh kakak saya itu adalah haram, tapi ada pernah saya mendengar seorang ustaz berkata yang dibolehkan adalah melukis pada kain dan kertas, Jadi soalannya apakah hukum kakak saya memilih kerja sebagai pelukis? adakah pendapatnya haram?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Air siraman ke lantai yang mengenai bangkai semut yang sedikit yang tidak mengubah sifat air tersebut tidak menjadikan air itu menjadi mutanajjis atau bernajis. Manakala mensucikan najis menggunakan air mutlak dari shower yang suhunya telah berubah kerana water heater adalah dibolehkan kerana air tersebut masih kekal statusnya sebagai air mutlak.  

2. Perasaan waswas merupakan penyakit yang jika tidak ditangani dengan betul boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang. Memang benar ketika solat seandainya timbul keraguan atau waswas sama ada rakaat itu rakaat yang kedua atau ketiga, maka pilih rakaat yang kedua kerana itu lebih diyakini. Namun dalam situasi yang saudari alami, adalah dinasihatkan untuk solat secara berjemaah bersama imam untuk mengelakkan daripada perasaan waswas semasa solat.

3. Secara umum, melukis gambar kartun manusia berbentuk anime adalah diharuskan selama tidak melanggar syarak seperti lukisan perempuan tanpa pakaian atau berpakaian namun menjolok mata dan sebagainya. Oleh itu, hasil daripada penjualan gambar anime tersebut adalah halal selagi tidak melanggar batas-batas syariat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image