BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT tuan Mufti,

Merujuk perkara di atas, saya Farah Ilyani, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains daripada Universiti Malaya ingin bertanya tentang isu boikot.

Apakah hukum mempengaruhi orang lain supaya tidak memboikot syarikat yang menyokong barangan Israel?

 

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum saya menjawab soalan yang diajukan, perlu difahami isu boikot bukan sekadar isu menyatakan sokongan kepada Palestin. Ia terkait dengan permasalahan ekonomi dan perlbagai Isu lain. Secara umumnya hukum boikot adalah fardu kifayah. Cukup dilaksanakan sebahagian orang, manakala sebahagian lagi tidak diwajibkan. Walaupun begitu ia digalakkan untuk boikot sebagai sokongan kita kepada Palestin dengan syarat menjaga adab dan akhlak sebagai muslim.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, terdapat dua keadaan orang yang mempengaruhi orang lain supaya jangan memboikot syarikat barangan Israel. Ini adalah berdasarkan niat dan tujuan masing-masing.

Pertama dengan tujuan risaukan faktor-faktor ekonomi dan keperluan serta risau akan kemudaratan tertentu. Maka orang yang mempengaruhi orang lain supaya jangan boikot secara umumnya ia tidak selari dengan pendirian serta saranan kewajaran memboikot. Namun, dia tidak boleh dipersalahkan secara total. Tambahan pula ia adalah masalah kewarakan individu.

Kedua, ada juga mereka yang mempengaruhi orang lain supaya jangan memboikot kerana bersetuju dan menyokong syarikat barangan Israel. Maka tujuan ini secara jelas adalah salah dan hukumnya adalah haram.

Walau bagaimanapun, dinasihati kepada semua supaya tidak berlebihan dan melampau ketika memboikot atau tidak memboikot.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai isu boikot sila layari laman sesawang: https://www.muftiselangor.gov.my/2024/01/11/40-taudhih-al-hukmi-boikot-menurut-perspektif-islam/  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image