BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

Ada seorang hamba Allah ni,

Dia seorang pegawai di sebuah syarikat.

Pada masa penilaian prestasi kerja tahunan yg lepas, pegawai ini dan pegawai-pegawai lain telah dibantu oleh supervisor mengubah markah kpi drpd tidak lulus kpd lulus.

Ini kerana kpi yg ditetapkan oleh pihak atasan amat sukar dicapai dan kebanyakan pegawai gagal mencapai target walaupun telah berusaha sedaya upaya.Pihak atasan pula sgt sukar menerima cadangan supervisor ttg kpi tersebut.

Hamba Allah ini telah menerima bonus dan kenaikan gaji hasil drpd tindakan supervisornya.

Tetapi hamba Allah ni, rasa tidak sedap hati dgn habuan yg dia dpt.

Adakah hasil ini haram baginya?

Jika haram, bagaimana hamba Allah ni nak uruskan wang tersebut?

 

Mohon nasihat dan pencerahan.

Wassalam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tindakan yang dilakukan oleh supervisor tersebut adalah atas budi bicara beliau menilai pegawai yang berada di bawahnya selama ia tidak melibatkan sebarang rasuah, penyalahgunaan kuasa, khianat atau menzalimi orang lain. Bonus serta kenaikan yang diterima oleh pegawai yang dinilai adalah halal baginya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 25

message user image