BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assamualaikum. Saya nak bertanya

Saya bernazar, sekiranya saya mendapat anak lelaki, saya akan aqiqahkan 2 ekor kambing, dan sekiranya anak perempuan, 1 ekor kambing. Jadi adakah sekiranya saya melaksanakan aqiqah mengikut anak yang saya bakal dapat dikira saya telah laksanakan nazar juga?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, harus bagi seseorang yang bernazar secara bersyarat melaksanakan nazarnya walaupun sebelum syarat tersebut berlaku. Ini kerana telah wujud sebab yang mewajibkannya, iaitu nazar itu sendiri. Oleh itu, harus dan sah hukumnya bagi tuan menyembelih kambing akikah yang dinazarkan walaupun sebelum anak itu lahir. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image