BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada soalan. Jari saya ada kesan marker (dakwat permanent) dan kemudian ketika hendak kencing, saya perlu buka balutan tisu pada zakar kerana saya ada penyakit kencing tidak lawas dan tisu tersebut ada sisa air kencing. Jadi, adakah memadai jika saya hanya alirkan air sahaja untuk hilangkan najis itu walaupun kesan dakwat itu tidak hilang?


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Merujuk kepada persoalan tuan, bersuci dari najis adalah dengan mengalirkan air pada tempat yang terkena najis sehingga hilang bau, rasa dan warna. Oleh itu, memadailah dengan mengalirkan air sahaja bagi menghilangkan najis tersebut. Kesan dakwat pada jari tidak menjejaskan proses pensucian najis tersebut. 

Walau bagaimanapun, sekiranya dakwat yagn terkena pada jari itu daripada bahan yang menghalang air daripada terkena kulit, maka ia hendaklah dihilangkan sedaya yang mungkin sebelum mengambil wuduk.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image