BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

 

Pertanyaan berkenaan Pengagihan Daging Korban Kongsi anjuran Masjid kepada Peserta-peserta 

 

Pihak masjid menganjurkan kongsi korban binatang setiap tahun dengan harga tertentu. Peserta yang bersetuju menyertai, dimestikan dengan mengisi borang akad yang disediakan oleh pihak masjid. Didalam borang akad tersebut dinyatakan dengan jelas,  bahawa peserta bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya PEMBELIAN, PEMYEMBELIHAN, PENGAGIHAN kepada penganjur.

(Didalam borang akad dinyatakan juga 1 perserta akan diberikan 3 bungkusan daging korban)

Selepas disembelih (katakan 10 ekor), dilapah dan daging daging lembu korban itu dicampur kesemuanya sebelum ditimbang,

Setelah itu ditimbang dan kemudian dibungkus (sebangai contoh 1.5kg sebungkus)

Bungkusan bungkusan ini, diagihkan oleh penganjur kepada

 (a) Peserta peserta, (b) fakir miskin dan (c) ahli kariah setempat.

 

 Persoalannya ialah:

Apa kah hukum peserta berkemunkinan tidak mendapat daging korban dari lembunya (sebab telah bercampur-campur )? Dan peserta telah bersetuju PENGAGIHAN mengikut akad yang dibuat sebelum menyertai anjuran masjid.

Minta penjelasan , adakah praktik ini menyalahi hukum atau tidak?

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Kaedah pelaksanaan seperti yang dinyatakan adalah diharuskan kerana akad menyatakan bahawa peserta akan mendapat 3 bungkusan daging korban (1.5kg setiap bungkusan) tanpa mensyaratkan peserta tersebut mendapat daging daripada daging korbannya.

Walau bagaimanapun, kaedah seperti ini perlu dibuat secara berhati-hati dan jelas akadnya. Jika tidak, terdapat kemungkinan ia jatuh kepada haram jika tidak dilakukan dengan betul. Sebagai contoh, sekiranya akad menyatakan bahawa peserta akan mendapat 3 bungkusan daripada haiwan korbannya, atau peserta akan mendapat 1/3 daripada haiwan korbannya tetapi daging-daging daripada haiwan korbannya telah tidak dapat ditentukan disebabkan telah bercampur dengan daging-daging haiwan korban yang lain. Maka perkara tersebut diharamkan kerana dia telah mengambil hak orang lain secara batil. Oleh itu, pihak pengurusan disarankan agar membuat kaedah pengagihan sepertimana yang kami nyatakan dalam artikel #22 Taudih al-Hukmi berkaitan isu ini.

Rujuk artikel kami berkenaan Hukum Menggabungkan Daging Korban di pautan https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/22-taudih-al-hukmi-hukum-mencampurkan-daging-korban/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 17

message user image