BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam
 

Pada bulan Ramadan yang lalu saya melihat waktu berbuka puasa di internet pukul 7.16minit malam, jadi saya pun berbuka pada waktu itu kerana di rumah saya tidak dapat mendengar azan dari masjid dengan jelas. Apabila saya pergi ke masjid saya dapati waktu berbuka yang di tulis di masjid adalah pukul 7.18malam.

Soalan saya adakah saya wajib menggantikan puasa saya itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berbuka puasa awal daripada waktunya yang sebenar menyebabkan puasa menjadi batal. Maka puasa tersebut terbatal dan wajib menqada’ semula puasa tersebut. Oleh yang demikian, adalah wajib dipastikan bahawa waktu berbuka yang betul mengikut waktu zon rasmi tempat berbuka tersebut agar tidak tersalah dan berbuka terlebih awal.

Sebagai maklumat tambahan, boleh merujuk kepada pautan berikut: 

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/16-taudih-al-hukmi-berbuka-awal-kerana-mengikut-waktu-solat-pada-aplikasi/#:~:text=Oleh%20itu%2C%20seseorang%20yang%20tersalah,batal%20dan%20dia%20diwajibkan%20qada 

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 18

message user image