BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan,

Kami kariah setempat ingin merujuk permasalahan kami kepada Tuan.

Pihak AJK Surau telah berbincang, dan telah buat kelulusan utk Bendahari beri pinjaman rm10k kepada Imam utk deposit beli rumah, dn akan dibayar melalui potongan gajinya selama 2 thun.

Ada kariah merasakan pinjaman ini tidak boleh, kerana sumber wang ini sumbangan kariah di mna seharusnya mereka berharap sumbangan mereka utk tujuan kegunaan surau.

Jadi apakah hukumnya ini di segi syarak? Mohon penjelasan Tuan.

Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Memberi pinjaman rm10k kepada Imam utk deposit beli rumah menggunakan dana surau adalah dilarang, perbuatan tersebut termasuk di dalam penyalahgunaan dana surau. Kita sedia maklum bahawa para penyumbang menyumbangkan sebahagian dari harta mereka adalah untuk belanja pengurusan serta aktiviti-aktiviti surau. Oleh itu, memberi pinjaman kepada Imam atau sesiapa sahaja sudah pasti bukanlah sesuatu yang ada kena mengena dengan belanja pengurusan serta aktiviti-aktiviti surau. Di samping itu, perbuatan tersebut sudah pasti boleh mengundang pelbagai persepsi negatif kepada jawatankuasa pentadbiran surau. Pihak surau boleh membantu imam dengan cara lain selain dari kaedah yang disebutkan di atas.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image