BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak bertanya.saya bekerja dengan sebuah syarikat dan Skop kerja saya Ada melibatkan sales and purchasing.Untuk makluman, untuk proses purchasing, saya perlu mencari supplier sendiri.Persoalan saya, Semasa urusan purchasing itu bolehkah saya mengambil komisen Yang diberikan oleh pihak supplier kepada saya selepas customer membuat pembayaran terus ke pihak supplier? Mohon beri pencerahan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum mendapat komisen atau upah daripada kerja yang kita lakukan adalah diharuskan. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah al-Kahfi ayat 77:

فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا

Maksudnya: Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

Walau bagaimanapun, bagi seorang pekerja yang telah mendapat upah atau gaji untuk melakukan sesuatu pekerjaan tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa komisen lain daripada pihak ketiga terhadap pekerjaan tersebut melainkan selepas mendapat keizinan atau kebenaran daripada majikannya.  

Dalam Surah al-Maidah ayat 1, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image