BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt ,

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

 

Saya seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Yang Bekerja di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

 

Saya ingin bertanya adakah seseorang klien atau penghuni yang sedang menerima Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ini tidak boleh atau tidak layak  menjadi imam solat yang mana makmumnya adalah orang biasa (Dimaksudkan Pegawai yang solat berjemaah di Surau) kerana sejak saya mula bekerja,terdapat satu fikiran dari segelintir pegawai bahawa mereka belum merdeka dan tidak layak mengimamkan solat berjemaah. Hal ini berlaku juga atas kekangan Pegawai Hal Ehwal Islam yang bertugas di surau pada waktu berkenaan kerana perlu menghadiri ,kursus,mesyuarat,kerja di luar premis,cuti, atau tugas tugas melibatkan ketiadaan pegawai hal ehwal islam di PUSPEN.

 

Untuk makluman beberapa penghuni yang menjadi imam ini dilantik melalui proses pemilihan naqib dan kesemua klien atau penghuni ini mempelajari modul bimbingan kerohanian (Modul AADK) ilmu fardhu ain untuk menguatkan kembali ajaran dan ibadah bagi melaksanakan perintah Allah swt .

 

Ia Menjadi kemusykilan kepada saya dan memerlukan penilitian yang berautoriti bagi meyakinkan (masyarakat) dalam golongan klien dan pegawai di PUSPEN ini agar tidak menjadi persoalan . Dari hasil jawapan ini dapat memperbetulkkan keadaan yang ada dan tidak lagi menjadi tanda tanya.

 

Sekian terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Klien atau penghuni yang sedang menerima rawatan di PUSPEN boleh dan harus menjadi imam selagi mana klien tersebut menepati syarat sah solat dan juga menjaga rukun solat. Walau bagaimanapun, yang paling afdal menjadi imam adalah mereka yang faqih. Jika tiada mereka yang paling baik bacaan al-Quran. Kemudian yang paling warak. 

Mereka yang ditahan, ditangkap atau sedang menerima rawatan di PUSPEN adalah merdeka. Ini kerana istilah merdeka adalah kata lawan bagi hamba. Klien PUSPEN bukannya hamba.

Sekadar maklumat tambahan, harus seorang hamba menjadi imam kepada mereka yang merdeka. Akan tetapi realiti zaman sekarang tiada lagi hamba yang wujud. Jadi tiada lagi isu begini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 21

message user image