BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pakar ilmuan agama yang saya hormati, 

Saya ingin bertanya mengenai hal berkaitan mandi wajib yang juga dikenali sebagai mandi junub. Berdasarkan pelbagai jawapan yang saya temui mengenai hukum melaksanakan mandi wajib serta menggunakan sabun dan syampu semasa proses mandi wajib, adakah sah hukumnya ketika saya mandi wajib, saya menggunakan sabun dan syampu ketika mandi wajib tersebut?

Terima kasih atas perhatian dan masa Tuan / Puan serta kerjasama bagi pencerahan kepada persoalan saya ini.


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

 

Merujuk persoalan yang diajukan rukun atau fardu mandi junub ada tiga iaitu:-

            1) Niat mengangkat hadas besar atau mengangkat janabah

            2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.

            3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.

Oleh yang demikian, sah hukum mandi wajib menggunakan sabun dan syampu selagi mana air telah diratakan ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan. Disarankan agar berniat mandi wajib dahulu sebelum memulakan mandian. Semasa mandi itulah boleh disekalikan dengan membersihkan anggota badan, syampu rambut, sabun, gosok gigi dan lain-lain lagi.

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image