BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam.saya ingin bertanyakan mengenai hukum bekerja di syarikat yang membekalkan servis pembersihan penyelenggaraan bangunan kepada kilang arak.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya. (Riwayat al-Tirmizi)

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pada dasarnya kerjaya bekerja di syarikat yang membekalkan khidmat pembersihan penyelenggaraan bangunan adalah halal dan baik. Walau bagaimanapun, sekiranya pekerjaan tersebut terdapat unsur yang terkait dengan arak, maka ia perlu diberi perhatian sebaiknya walaupun pada hakikatnya ia di luar kawalan.

Seorang muslim hendaklah bertaqwa kepada Allah dengan menghindari diri daripada terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak agar tidak dikira bersubahat serta meredhakan perkara yang mungkar. Disarankan supaya dilakukan perbincangan secara baik dengan pihak majikan supaya tidak ada penglibatan dengan kerja yang melibatkan arak secara langsung atau tidak langsung. Sekiranya tidak mampu, dicadangkan agar kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh rakan yang bukan muslim. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 22

message user image