BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. Maaf bertnya.. Saya pergi kerumah kakak ipar yang jaraknya tidak sampai dua marhalah.. Kemudian setelah sampai ke destinasi, mereka mengajak kami untuk pergi ke tempat makan. Setelah sampai di tempat makan, baru lah perjalanan saya cukup dua marhalah dari rumah saya.. Bolehkah saya menunaikan solat jamak & qasar di rumah kakak ipar selama 3 hari sebelum saya pulang ke rumah saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Syarat diharuskan solat fardu secara jamak dan qasar bagi musafir adalah seperti berikut:

1. Bermusafir dengan tujuan yang diharuskan dan bukan bertujuan maksiat.

2. Perjalanan tidak kurang dua marhalah (81 kilometer) bagi perjalanan sehala.

3. Tidak menetap di tempat yang dituju melebihi 3 hari, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perjalan ke tempat makan termasuk di dalam jarak permusafiran. Seandainya jarak tersebut telah melebihi 2 marhalah, maka diharuskan untuk solat fardu secara jamak dan qasar di rumah kakak ipar dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image