BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

As-slm Mufti,

Baru-baru ini saya ada tonton di media sosial. Orang sedang melapah lembu korban. Lembu korban masih dalam proses melapah. Dipotong diasing dalam dulang. Ada yang tengah ditimbang. Ada yang belum lagi masuk plastik untuk edaran. Tetapi saya lihat orang yang melapah lembu korban tersebut telah terlebih dahulu memberi sedikit bahagian lemak kepada Kucing yang berada disisinya. Adakah perbuatan ini dibenarkan? Mohon pencerahan. 

Saya sedia maklum tiada salahnya memberi kucing makan walau dengan daging korban sekali pon. Tetapi untuk isu ini. Korban lembu tersebut masih dalam proses melapah pembahagian dan timbangan. Sedangkan Lemak atau tulang sekali pon masih boleh diberi manfaatkan kepada orang terlebih dahulu jika ada yang nak gunakan dalam masakan.

Terima kasih mufti.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada soalan yang diajukan, binatang korban adalah hak milik peserta manakala petugas hanya menjalankan amanah peserta korban. Setiap bahagian anggota badan binatang korban seperti daging, tulang, organ, kulit serta lemak adalah hak milik peserta yang tidak boleh dimanfaatkan atau diberi makan kepada binatang kecuali dengan izin peserta. Sebaiknya semua pihak mengunggu selesai proses pembungkusan sebelum mengambil mana-mana bahagian binatang korban dengan izin peserta.

Namun sekiranya daging atau lemak binatang korban yang tidak boleh dimanfaatkan seperti terkena najis atau kotoran yang tidak dapat dicuci atau sisa yang sedikit, maka ia boleh ditanam atau diberi makan kepada binatang walaupun tanpa izin peserta dan sebelum selesai proses pembungkusan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 29

message user image