BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ingin tanya kucing saya telah digigit anjing sehingga berdarah dan kucing itu telah sembuh.namun saya takut nak pegang jadi saya langsung tak pegang kucing tersebut.saya biar selama seminggu ke dua minggu macam tu dan ketika saya mencuci kaki kucing tersebut melanggar kaki saya dan kena ditempat anjing itu gigit.disebabkan dah lama tempat itu digigit saya hanya biarkan saja tapi kadang-kadang saya takut kena sertu sebab mahu solat sah.tapi saya langsung tidak sertu/samak.jadi soalan saya adakah saya perlu sertu atau samak dibahagian yang kucing itu langgar.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu sertu pada bahagian kaki yang dilanggar oleh kucing. Ini kerana kucing tidak mukallaf dan juga tidak perlu disertu kucing tersebut. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak dapat dipastkan dengan jelas ain najis yang kelihatan, maka tidak perlu disertu. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was, maka ianya tidak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 16

message user image