BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

asslm saya ingin menanya kan

saya beli coin dalam game(effootball) dan saya spin untuk dapat kan player yang saya nak .... lama kemudian saya tidak mendapatkan player yang saya nak lalu saya menjual semua player yang dapat itu dan saya meminta refund duit dari apple service ... apa hukum duit itu jikalau haram... apa perlu saya buat dengan duit itu ... adakah derma pada masjid atau sbgainya mohon pencerahan mufti tq


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum, membeli coin untuk digunakan di dalam game atas talian adalah dibenarkan. Membeli karakter atau player mengguna coin tersebut secara spin adalah diharuskan sekiranya kesemua player tersebut mempunyai nilai yang sama dan pasti dapat. Ia tidak dianggap sebagai perjudian. Sekiranya player itu dijual semula kepada pihak game tersebut, maka coin atau duit yang diperolehi adalah miliknya yang sah dan boleh dimanfaatkan.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 56

message user image