BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Tentang cuka apel cider

fatwa negeri selamgor mengatakan halal 

saya mohon referensi dari kitab mana dan pendapat siapa

kerana setahu saya dlm mana² kitab fiqh jus berubah jd arak dan kemudia dirubah menjadi cuka dgn disengajakan/komersial hukumnya Haram n najis


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Untuk makluman, Jabatan Mufti Negeri Selangor tiada mengeluarkan fatwa khusus mengenai cuka epal cider. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan hukum yang dikeluarkan berkaitan Hukum Cuka Wain (Wine Vinegar) menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 2/2006 bertarikh 26-27 Jun 2006 iaitu:

"Haram menggunakan cuka wain @ wine vinegar atau seumpamanya yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain atau seumpamanya kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal".

Berdasarkan kepada pandangan mazhab Syafi'i dan Hanbali, sekiranya pertukaran arak kepada cuka kerana ditambah dengan campuran ubat seperti bebawang dan yis, cuka tersebut adalah tidak suci. Menurut mazhab Syafi'i lagi, najis boleh suci dengan proses istihalah hanya dalam 3 keadaan, salah satunya adalah arak yang bertukar dengan sendirinya menjadi cuka.  

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berkaitan dengan cuka epal cider, apa yang perlu dipastikan adalah kaedah pembuatannya. Sekiranya proses pembuatan itu bertujuan untuk membuat cuka daripada peringkat awal lagi dan dalam proses untuk menjadi cuka, ia melalui proses menjadi arak atau wain kemudiannya bertukar menjadi cuka dengan sendirinya, maka cuka itu adalah halal.

Namun, sekiranya proses pembuatan cuka itu diambil daripada wain yang telah sedia ada, kemudian diproses untuk menjadikannya cuka, maka cuka itu tidak halal.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 53

message user image