BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM, 

SAYA NK BERTANYA , KUDIS MENGELUPAS DAN ADA SEDIKIT KESAN DARAH , ADAKAH DARAH TERSEBUT BERPINDAH JIKA BERSENTUHAN DENGANNYA ?? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab kepada persoalan, kudis yang mengelupas dan meninggalkan kesan darah yang sangat sedikit secara adatnya adalah dimaafkan sekalipun ia bersentuhan dengan sesuatu dan terlihat meninggalkan sedikit kesan terhadap sesuatu yang bersentuhan itu tadi. Maka itu tidak dikira najis yang  berpindah kerana perkara sedemikian adalah dimaafkan.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image