BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya apakah hukum bekerja di syarikat A yg menjual mesin atau membuat servis pembungkusan kepada beberapa syarikat makanan ringan sama ada di dalam Malaysia atau luar negara? Ada yang diperakui sijil HALAL dan ada juga tidak mempunyai sijil HALAL dari mana-mana badan berkanun. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد   

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menjual mesin atau membuat servis pembungkusan kepada syarikat makanan sama ada syarikat tersebut merupakan pemegang sijil halal atau sebaliknya adalah harus. Ini kerana tanggungjawab untuk mendapatkan sijil perakuan halal adalah berada di pihak syarikat pengeluar makanan tersebut.

Namun sekiranya diketahui  dan diyakini bahawa syarikat makanan tersebut mengeluarkan produk makanan yang jelas haram seperti arak atau rokok, maka haram menjual mesin atau membuat servis pembungkusan bagi syarikat tersebut, kerana ia termasuk dalam membantu kepada perkara haram. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2;

 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ 

Maksudnya :Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).

Semoga tuan dan kita semua dijauhi daripada perbuatan yang membantu kepada perkara yang diharamkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 19

message user image