BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

ASLM Ustaz,saya nak tanya,selama saya solat jumaat,saya niat "sahaja aku solat fardhu zohor jumaat mengikut imam kerana ALLAH ta a'la " sbb saya ingat kan solat jumaat tu adalah solat zohor,adakah sah solat saya?dan apakah perlu saya qadar semula?sbb saya selalu terlupa nk check balik cara niat solat jumaat, saya harap ustaz menjawab soalan saya,terima kasih ustaz,semoga sihat selalu amin.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum menjawab soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa niat adalah rukun qalbi. Niat merupakan lintasan hati ketika mengangkat takbiratul ihram. Melafazkan niat sebelum mengangkat takbir adalah sunat. Manakala mengenai solat Jumaat, ia bukanlah solat Zohor akan tetapi ia dilakukan pada waktu Zohor. Maka niat antara solat Jumaat dan solat Zohor adalah berbeza.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, jika niat dalam hati tuan selama ini adalah fardu Jumaat, maka sah solat tuan dan tidak perlu diqada'.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 10

message user image