BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, kalau seseorang bercakap tentang sesuatu sambil dalam hati dia bersumpah dengan nama Allah sebagai cth "aku bersumpah demi Allah aku nk buat..." walaupun dia sedang bercakap pasal benda lain dan tidak sebut demi Allah di mulut hanya terlintas dihati ketika dia sedang bercakap, adakah sumpah dia terjadi?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Perlu diketahui yang disebut atau terlintas di dalam hati adalah niat atau azam atau sekadar perasaan, bisikan atau lintasan hati. Manakala syarat sah sumpah adalah ia perlu dilafazkan. Jadi berdasarkan situasi yang diterangkan, yang terlintas di dalam hati itu tidak dikira sumpah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image