BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, apakah hukum menyanyikan lagu Christmas seperti "we wish you Merry Christmas" "All I want for Christmas" kerana rentak lagu tersebut menarik perhatian pendengar untuk nyanyi lagu tersebut


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pada dasarnya Islam tidak mengharamkan hiburan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengandungi unsur keagamaan agama lain. Oleh itu, hukum menyanyikan lagu Christmas seperti "we wish you Merry Christmas" "All I want for Christmas" atau menyertai Christmas Carolling adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak. Umat Islam hendaklah menjauhi upacara-upacara keagamaan agama lain sama ada dalam bentuk nyanyian atau lainnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image