BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum saya nak tanya, saya ada beli breastpum dari vietnam secondhand, perlu ke saya samak dahulu memandangkan saya tidak tahu siapa owner sebelum ini? breastpum jenis motor pam elektrik.. terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Istilah yang betul untuk mensucikan najis mughallazah adalah sertu iaitu membasuh najis dengan 7 kali basuhan air mutlak dan salah satu daripadanya dengan air bercampur tanah. Istilah samak pula bermaksud mensucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit dengan sesuatu alat yang tajam seperti tawas atau buah manjakani dan seumpamanya.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pensucian najis atau sertu wajib sekiranya dapat dipastikan dengan yakin terdapat najis. Seandainya hanya andaian, maka ia tidak menjadikan sesuatu itu menjadi bernajis. Oleh itu, breastpum tersebut tidak perlu disertu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image