BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.. saya ada masalah di atas kedua kaki saya mempunyai luka yg sntiasa basah dah susah kering bila terkena air..

Saya memakai wound dressing agar luka tidak terkena habuk/ kuman dan untuk memastikan luka saya cepat sembuh..kerana luka tersebut kadang2 akan mengeluarkan air bisa dan sentiasa basah.

Saya mengambil wudhuk dan berniat seperti biasa. Sampai di kaki saya melalukan air atas luka saya yg bertampal sambil berkata dalam hati yang saya melalukan air atas luka saya sebagai syarat..

Adakah sah wudhuk saya dan perlu ke saya menggantikan solat saya?

Buat pengetahuan ustaz bila di rumah saya tidak pakai pembalut di luka saya.. saya melalukan air sahaja dengan niat yang sama sebab bila terkena air luka tersebut akan lembab dan basah..

Saya hanya memakai pembalut luka bila keluar dari rumah jarak yg jauh dan memerlukan saya bersolat di perjalanan..

Minta nasihat dan penjelasan dari ustaz..

Terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada Panduan Bersuci dan Bersolat Bagi Pesakit yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan bahawa bersuci daripada hadas kecil berdasarkan keadaan pesakit yang berbalut pada sebahagian anggota wuduk seperti pada sebahagian kaki adalah seperti berikut:

a) Basuh muka beserta niat wuduk dan kedua tangan kemudian sapu kepala.

b) Basuh bahagian kaki yang boleh dikenakan air hingga ke buku lali.

c) Sapu air di atas pembalut. Jika mendatangkan mudharat tidak perlu disapu.

d) Solat yang dilakukan tidak perlu diulang.

Panduan Bersuci dan Bersolat Bagi Pesakit ini boleh didapati melalui link https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan kenyataan yang diberikan, seandainya dengan mengenakan air ke kawasan luka akan menyebabkan kemudaratan, maka memadai dengan mengalirkan air di atas balutan sebagaimana yang telah diamalkan. Wuduk tersebut adalah sah dan solat yang didirikan tidak perlu diulang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 23

message user image