BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

salam. Saya ada menunaikan umrah pada 2015. Semasa tawaf wajib saya mengambil wuduk dan selesai bertahullul.

baru baru ini saya ada mendengar ceramah tentang cara mengambil wuduk. selepas ceramah tersebut saya baru teringat selama ini saya betul betul jahil dan saya anggap selepas cuci muka kita perlu basuh pergelangan tangan hingga siku dan bukan dari jari hingga siku.

Saya cuba untuk ingat cara bagaimana saya ambil wuduk sebelum tawaf yg sudah dan saya betul betul sudah lupa cara saya ambil wuduk adakah saya ratakan air di belakang tangan atau tidak.

ada kala saya yakin air diratakan dan ada kala tidak. Saya sentiasa rasa takut selepas mengetahui cara mengambil wuduk yg betul.

Adakah umrah saya tidak sah dan masih terikat dengan ihram sedangkan saya sudah berkahwin selepas yakin sudah selesaikan umrah. Adakah perkahwinan saya tidak sah jika tawaf saya tidak sah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Setelah meneliti situasi yang diterangkan, ibadah solat dan umrah serta tawaf sebelum ini dikira sah disebabkan kejahilan kita terhadap sesuatu perkara yang telah lalu. Perkara ini seperti firman Allah SWT dalam surah al-Ma'idah ayat 95:

عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ

Maksudnya: Allah maafkan apa yang telah lalu.

Tambahan pula keraguan saudari pada membasuh kedua tapak dan belakang tangan yang pada kebiasaannya akan terbasuh ketika membasuh anggota wuduk yang lain. Walau bagaimanapun, untuk ibadah yang akan datang perlulah dilaksanakan mengikut kefahaman yang betul. Adapun ibadah yang telah lalu tidak perlu diganti.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image