BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

Saya Muhamad Saharul ingin bertanyakan 3 soalan mengenai ibadat korban.

1) Macam mana cara agihan daging korban yang sebetulnya menepati kehendak syarak? Contohnya surau anjurkan korban dan 1/3 sahaja diberikan kepada peserta. Atau pun bagi kesemua bahagian peserta?

2) Hukum berkorban dengan binatang yang bunting tapi diketahui buntingnya selepas sembelihan.

3) Bolehkan kami panggil pihak jabatan mufti untuk taklimat korban? jika boleh berapa jumlah bayarannya ya?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diberikan:

1) Terdapat 4 kaedah agihan korban yang boleh dilakukan, iaitu:

  • Kaedah pertama adalah memberikan keseluruhan daging korban kepada peserta kecuali sebahagian kecil sahaja (sekadar cukup untuk dinamakan sebagai sedekah, sekitar 500 gram), untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

  • Kaedah kedua adalah membahagikan dengan kaedah 1/3 kepada peserta, 1/3 untuk fakir miskin dan 1/3 sebagai sedekah kepada orang ramai termasuk orang kaya. Ini adalah kaedah pertengahan.

  • Kaedah ketiga adalah memberikan keseluruhan daging korban tersebut kepada fakir miskin, dan peserta hanya mengambil sebahagian kecil untuk makan daripada daging korban tersebut bertujuan untuk tabarruk. Ini adalah kaedah yang paling afdhal.

  • Kaedah keempat adalah memberikan keseluruhan daging korban kepada fakir miskin. 

2) Berkorban dengan haiwan yang bunting adalah tidak sah menurut mazhab Syafie. Perkara ini disebutkan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini di dalam Mughni al-Muhtaj kerana haiwan yang hamil menyebabkan daging haiwan tersebut berkurang. Ini adalah aib yang boleh mempengaruhi kebasahan sesuatu ibadah korban. Memandangkan perkara ini disedari selepas sembelihan berlaku, maka sembelihan korban yang dilakukan dianggap sah berdasarkan kepada pandangan jumhur Fuqaha.

3) Tuan boleh membuat jemputan rasmi melalui surat ke email jabatan: anhar@muftiselangor.gov.my

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 26

message user image